???? 90 HARI LAGI MENUJU RAMADAN! ????
❤️ REZEKI DI TANGAN, PAHALA DI HADAPAN! ❤️
Bulan yang penuh keberkatan bakal tiba. Bulan di mana setiap amalan kebaikan menjadi rebutan, setiap sedekah membawa harapan dan setiap pemberian menjadi bukti keprihatinan sesama insan.
???? JOM BERSAMA HIDUPKAN RAMADAN DI RUMAH ALLAH!
Masjid Sultan Ibrahim Muar membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyumbang menerusi TABUNG INFAQ RAMADAN bagi menampung keperluan pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadan.
Sumbangan anda akan membantu menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada para jemaah dalam menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah, solat Tarawih, program keagamaan serta pelbagai aktiviti sepanjang bulan mulia ini.
❤️ JANGAN TUNGGU ADA LEBIH UNTUK MEMBERI. BERILAH MENGIKUT KEMAMPUAN, KERANA SETIAP INFAQ AMAT BERMAKNA.
Mungkin bagi kita jumlahnya kecil, tetapi manfaatnya besar buat rumah Allah.
???? REBUT PELUANG INFAQ RAMADAN. BIAR HARTA MENJADI BEKALAN, BIAR SEDEKAH MENJADI AMALAN.
Ayuh! Bersama kita jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan berkongsi rezeki.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain." Riwayat ibn-Hibban No. 2/48
#InfaqRamadan
#RamadanBakalTiba
#SahamAkhirat
#MasjidSultanIbrahimMuar
#JomInfaq
#HidupkanRumahAllah
